Apa yang anda perlu tahu tentang Pasaran Saham

Apa yang anda perlu tahu tentang Pasaran Saham

Pasaran Saham

Pasaran saham atau di Malaysia ianya dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur( BSKL) adalah satu pasaran di mana security seperti saham, bon komersial, sukuk, derivatives dll dikeluarkan dan diniagakan sama ada melalui bursa atau over-the-counter. BSKL juga dikenali sebagai Kuala Lumpur Stock Exchange adalah pasaran utama menjual beli ekuiti syarikat di Malaysia.

Kepentingan Pasaran Saham

Kepentingan pasaran saham ini adalah untuk menyediakan suatu akses kepada syarikat mendapatkan modal dengan pertukaran ekuiti atau saham pemilikan dalam syarikat tersebut. Selalunya modal yang diperolehi oleh syarikat tersebut adalah melalui Initial Public Offering(IPO) semasa mula-mula ekuiti syarikat tersebut diniagakan di bursa saham. IPO adalah dimana saham syarikat ditawarkan kepada orang awam untuk memperoleh modal bagi syarikat tersebut. Kebanyakkan saham yang ditawarkan semasa IPO akan dibeli oleh Institutional Investor seperti KWSP, Syarikat Amanah Saham dan syarikat Insuran.

Kebanyakkan modal yang diperolehi semasa IPO akan digunakan untuk membesarkan lagi bisnes syarikat tersebut. Antara kegunaan modal yang biasa digunakan syarikat adalah untuk:

  • Penyelidikan untuk membaiki atau meningkatkan servis/produk
  • Mencipta produk baru
  • Meningkatkan jumlah produk mereka
  • Mengambil lebih ramai pekerja
  • Membesarkan atau memodenkan infrastruktur syarikat

Disamping itu, pasaran saham memberi peluang kepada orang awam untuk melabur dan memiliki sebahagian syarikat tanpa melalui risiko-risiko membina syarikat sendiri. Pasaran saham membolehkan pelabur mengambil bahagian dalam pencapaian kewangan syarikat-syarikat yang sahamnya mereka miliki memalui pemberian dividen syarikat yang dibayar apabila kewangan syarikat untung. Disamping itu, palabur saham juga mendapat keuntungan apabila menjual saham yang dimiliki dengan harga yang lebih tinggi daripada modal yang dilaburkan.

Aktiviti jual beli saham dibursa ini dikenali sebagai Secondary Market. Ianya dikenali sebagai secondary market kerana segala transaksi jual beli untuk dilakukan diantara pelabur-pelabur didalam bursa tanpa melibatkan penambahan modal kepada syarikat tersebut seperti mana semasa IPO. Maka, oleh itu IPO juga dikenali sebagai Primary Market.

Perkara lain tentang Pasaran Saham

Selain itu, Bursa saham juga memberikan akses kepada pelabur untuk memiliki pelbagai jenis security seperti:

  • Futures
  • Options
  • Derivatives
  • Aset offshore
  • Aset Islamic.
  • Skim pelaburan kolektif seperti
    • Dana Dagangan Bursa (ETF)
    • Amanah Pelaburan Hartanah (REIT)
    • Bon dagangan bursa dan sukuk
    • Amanah Perniagaan (ETBS)

 

 

Dengan kepelbagaian alternatif pelaburan yang boleh dimiliki oleh bursa saham, ianya memberikan peluang kepada orang awam untuk melabur dengan cara yang mudah. Jadi anda perlu mengenali Bursa saham sebelum anda memulakan pelaburan anda!

Leave a Reply