Bursa Malaysia dan Pasaran Securities.

Bursa Malaysia dan Pasaran Securities.

Bursa Malaysia

Kalau anda baru nak memulakan pelaburan, anda perlulah mengenali Bursa Malaysia. Bursa Malaysia ditubuhkan pada 1930 untuk menguruskan pasaran securities di Malaya, even sebelum Malaysia ditubuhkan lagi.

Pasaran

Pasaran yang diuruskan oleh Bursa Malaysia adalah Pasaran Securities, Pasaran Derivatives, Pasaran Bon, Pasaran Sukuk dan Pasaran pesisir Luar. Apa yang kita hendak fokuskan ialah:

Pasaran Securities

Terdapat dua pasaran didalam pasaran securities yang dikenali sebagai Main Market dan ACE Market. Main Market adalah pasaran utama di Bursa Malaysia. Terdapat 808 syarikat yang disenaraikan di dalam Main Market ini. Manakala ACEMarket hanya mempunyai sebanyak 114 syarikat yang disenaraikan.

Main Market vs ACE Market

Apa yang membezakan Main Market dan ACE Market adalah kriteria-kriteria yang melayakkan sesebuah syarikat itu untuk disenaraikan.  Terdapat tiga kriteria yang dinilai untuk melayakkan sesebuah syarikat itu disenaraikan: kuantitatif, kualitatif dan kriteria tambahan seperti tempat penubuhan, Piawaian pengauditan dll.

Yang pasti kriteria Main Market adalah lebih ketat berbanding ACE Market. Syarikat yang disenaraikan didalam Main Market adalah syarikat yang besar yang memiliki keuntungan tahunan selama 3 atau 5 tahun sekurang-kurangnya RM20 juta secara agregate. Manakala ACE Market dilihat sebagai pasaran yang sesuai untuk syarikat-syarikat baru yang ingin mencari modal tambahan untuk membesarkan operasi mereka dengan menawarkan ekuiti kepada orang ramai.

Antara produk-produk pelaburan yang ditawarkan di dalam kedua-dua pasaran adalah

  1. Saham/ekuiti
  2. Waran syarikat
  3. Waran berstruktur
  4. Dana Dagangan Bursa (ETF)
  5. Amanah pelaburan hartanah (REIT)
  6. Dana tertutup

Index yang digunapakai oleh pasaran Securities adalah FBM-KLCI. FBM-KLCI pada dasarnya adalah alat ukuran pasaran securities di mana ia terdiri daripada 30 saham syarikat-syarikat yang terbesar di dalam Main Market. Cara pengiraan FBM-KLCI adalah berdasarkan kaedah apungan bebas dan skrin kecairan ditekankan supaya prestasi pasaran mudah digambarkan.

Jadi anda sudah mengenali Bursa Malaysia dan Pasaran yang dikendalikan oleh Bursa, anda sudah bersedia untuk belajar lebih mendalam mengenai pasaran saham! sehingga berjumpa lagi….

Leave a Reply