Panduan Lengkap untuk Memilih Unit Trust yang Betul. (Artikel 1)

Panduan Lengkap untuk Memilih Unit Trust yang Betul. (Artikel 1)

Untuk melabur di dalam unit trust nampak mudah. Namun dengan pelbagai pilihan unit trust di pasaran dan promosi-promosi syarikat-syarikat dan agen-agen unit trust, ianya menyukarkan para pelabur untuk memilih unit trust yang betul. Jika anda membenarkan promosi syarikat-syarikat atau agen-agen tersebut mempengaruhi keputusan dalam pemilihan unit trust untuk pelaburan anda , peluang untuk mencapai matlamat kewangan anda akan lari dari landasan yang betul.

Seperti ungkapan di dalam prospectus sesebuah unit trust: prestasi masa lalu tidak akan menunjukkan keputusan masa hadapan. Namun begitu masih banyak agen-agen unit trust yang memberikan penekanan terhadap prestasi lepas sesebuah unit trust mereka. Ianya akan dijadikan selling point bagi mereka tanpa menjelaskan risiko-risiko dan kos-kos yang akan ditanggung oleh pelanggan apabila melabur di dalam unit trust tersebut. Dan kebanyakkan agen unit trust yang menjual berdasarkan prestasi lepas sesebuah unit trust mereka, gagal untuk membantu pelanggan mengenal pasti pelan pelaburan mereka dan memilih unit trust yang bersesuaian dengan pelan pelaburan pelanggan mereka.

Kerana populariti unit trust di dalam kalangan masyarakat sebagai salah satu instumen pelaburan yang mudah, maka pasaran unit trust telah berkembang dengan  pesatnya. Terdapat pelbagai unit trust yang berbeza risiko pelaburan, saiz dan aset-aset pelaburannya. Ironinya, ini telah menyukarkan orang ramai untuk membuat keputusan dalam memilih unit trust yang tepat untuk mencapai matlamat kewangan mereka. Disebabkan unit trust mengumpulkan pelbagai jenis ekuiti atau aset di dalam bakul pelaburannya, amat sukar untuk pelabur menilai potensi sesebuah unit trust tersebut. Seumpamanya, pelabur perlu menganalisa setiap satu ekuiti atau aset yang dimiliki sesebuah unit trust itu untuk menilai potensi keuntungan dan risikonya di masa hadapan. Ini boleh dikatakan hampir mustahil untuk pelabur menganalisa setiap satu unit trust yang ada di pasaran. Jadi apakah cara paling mudah untuk memilih unit trust yang Betul?

Maka kami, Investuni menyediakan panduan lengkap untuk anda memilih unit trust yang betul. Diharap panduan ini dapat membantu pelabur baru dan lama untuk menambahkan pengetahuan dan mengaplikasikannya di dalam pemilihan unit trust yang betul mengikut pelan pelaburan dan kemampuan pelabur itu sendiri.

Namun begitu cara pemilihan unit trust di dalam artikel ini tidaklah akan menjamin keuntungan kepada pelabur, tetapi ianya dapat membantu pelabur untuk mengurangkan risiko dan kos dalam pelaburan unit trust.

Panduan ini terbahagi kepada tujuh Artikel.

  1. Artikel 1: Mukadimah Panduan
  2. Artikel 2: Pengenalan Kepada Unit Trust (akan datang)
  3. Artikel 3: Mengelakkan Kesilapan Biasa Dalam Memilih Unit Trust (akan datang)
  4. Artikel 4: Menentukan Pelan Pelaburan Unit Trust(akan datang)
  5. Artikel 5: Kriteria-Kriteria Untuk Memilih Unit Trust (akan datang)
  6. Artikel 6: Langkah Demi Langkah Proses Pemilihan Unit Trust (akan datang)
  7. Artikel 7: Bahan Bacaan Tambahan Dan Spreadsheet Bantuan (akan datang)

Nantikan artikel-artikel yang berikutnya di dalam masa terdekat.

Kongsi dan Ikuti page FB Investuni untuk memastikan anda tidak ketinggalan untuk mengikuti artikel-artikel yang berikutnya.

Leave a Reply