Panduan Lengkap untuk Memilih Unit Trust yang Betul. (Artikel 2)

Panduan Lengkap untuk Memilih Unit Trust yang Betul. (Artikel 2)

Panduan ini terbahagi kepada enam Artikel. Ini adalah Artikel kedua yang akan memberikan pengenalan tentang unit trust kepada anda. Di dalam artikel kedua ini juga akan menerangkan secara ringkas tentang unit trust seperti ciri-ciri, struktur, kelebihan dan kekurangan, jenis-jenis, risiko, pulangan dan cara melabur di dalam unit trust

  1. Artikel 1: Mukadimah Panduan
  2. Artikel 2: Pengenalan kepada Unit trust
  3. Artikel 3: Mengelakkan kesilapan biasa dalam memilih Unit trust (akan datang)
  4. Artikel 4: Menentukan Pelan Pelaburan Unit trust(akan datang)
  5. Artikel 5: Kriteria-Kriteria untuk memilih Unit trust (akan datang)
  6. Artikel 6: Langkah demi langkah proses pemilihan Unit trust (akan datang)
  7. Artikel 7: Bahan Bacaan tambahan dan Spreadsheet Bantuan (akan datang)

Teruskan pembacaan anda di bawah ini untuk artikel kedua daripada Panduan Lengkap Investuni untuk Memilih Unit Trust yang betul.


Unit trust dikenali sebagai salah satu alat pelaburan untuk mereka yang tidak mempunyai kepakaran pelaburan atau tidak mempunyai masa untuk melabur dan menganalisa sesebuah saham di dalam bursa. Unit trust adalah dibentuk oleh Syarikat-syarikat pengurusan pelaburan dengan kebenaran Security Commission (SC) Malaysia. Kemudian unitt trust akan mengumpulkan wang-wang pelaburan dari pelabur-pelabur kecil dan pasif ini di dalam satu dana.  Setelah itu, dana unit trust ini akan dilaburkan oleh pengurus dana di dalam satu bakul saham atau aset-aset pelaburan untuk mendapatkan pulangan kepada pelabur dengan mengenakan caj-caj yang munasabah untuk pengurusannya. Kelebihan unit trust ini adalah dapat memberikan akses kepada orang ramai untuk melabur dan mempelbagaikan instrumen pelaburan mereka (diversifikasi).

Ciri-ciri Unit Trust

Unit trust mempunyai ciri-ciri yang mudah dikenali. Berikut adalah ciri-ciri unit trust:

  1. Pelabur membeli saham unit trust melalui saluran pengedaran Syarikat Pengurusan Unit Trust (UTMC) itu sendiri atau melalui agen -agen yang berdaftar. Disamping itu, pelabur juga boleh membeli saham unit trust melalui Insititusi Penasihat Unit Trust (IUTA) dan Syarikat Penasihat Unit Trust (CUTA) yang dilantik oleh UTMC unit trust tersebut.. Saham unit trust tidak dijual beli di bursa Malaysia atau di pejabat pos seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB).
  2. Pelabur tidak memiliki saham-saham atau aset-aset yang dipegang unit trust secara terus tetapi setiap aset atau saham itu dibahagikan kepada pelabur melalui pemilikan unit. Harga unit tersebut dikira oleh UTMC setiap hari melalui naik turun nilai pegangan aset-aset unit trust tersebut.
  3. Harga saham unit trust dikenali sebagai unit trust’s per share net asset Value (NAV). Ketika pembelian saham unit trust oleh pelabur, NAV akan ditambah dengan beberapa peratus caj pemegang saham dan juga caj penjualan
  4. Saham unit trust boleh dijual (redemption) kembali kepada unit trust atau menukar(switching) saham unit trust asal kepada saham unit trust yang lain( kebiasaannya dikenakan caj penukaran oleh UTMC)
  5. Unit trust membuat dan menjual saham baru berterusan untuk menampung pelabur baru. Namun jika nilai aset unit trust menjadi terlalu besar, UTMC akan menghentikan perjualan dan penghasilan saham baru.

Struktur Unit Trust

Security Commission (SC) telah mengeluarkan Garis panduan untuk membentuk unit trust kepada syarikat yang ingin membentuk unit trust untuk dijual kepada pelabur awam. Garis panduan ini menerangkan bentuk struktur unit trust yang perlu ada. Setiap struktur unit trust adalah sama dengan mana-mana bentuk struktur unit trust yang lain, tidak kira jenis unit trust  itu. Kebiasaannya UTMC akan menjual saham unit trust ini kepada pelabur awam untuk mengumpul dana. Untuk menjaga kepentingan pelabur-pelabur, unit trust perlu mempunyai pemegang amanah. Manakala Syarikat Pengurusan Unit trust (UTMC) diwujudkan untuk menguruskan operasi dan pelaburan unit trust.

Struktur unit trust akan sentiasa melibatkan hubungan tiga hala diantara pemegang unit (pelabur), pemegang amanah dan pengurus. Hubungan diantara tiga pihak ini akan ditadbir oleh surat pemegang amanah antara pemegang amanah dan UTMC dan prospektus yang dikeluarkan oleh UTMC. Pemegang unit juga boleh mendapat maklumat terperinci tentang unit trust di dalam laporan tahunan yang dikeluarkan setiap tahun oleh UTMC.

Gambar 1 di bawah menerangkan secara ringkas struktur unit trust:

unit-trust-structure

Gambar 1: stuktur unit trust

Kelebihan dan Kekurangan Unit Trust

Unit trust seperti alat pelaburan yang lain mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Jadual 1 menerangkan kelebihan dan kekurangan pelaburan unit trust.

kelebihan-dan-kekurangan

Jadual 1: Kelebihan dan Kekurangan unit trust

Kepelbagaian jenis Unit Trust

Secara umumnya unit trust boleh dibahagikan berdasarkan risiko pelaburannya; rendah, seimbang, tinggi. Semua unit trust akan termasuk di dalam salah satu daripada tiga kategori risiko ini. Pastikan anda membaca prospektus untuk mengetahui jenis unit trust yang bakal anda beli sahamnya.

  1. Unit trust risiko rendah

Majoriti pegangan unit trust dalam kategori ini adalah dalam bentuk deposit kekal atau pasaran wang. Unit trust ini juga memegang tunai sebagai instrumen pelaburan.

  1. Unit trust risiko seimbang

Majoriti pegangan unit trust ini adalah dalam bentuk bon atau sukuk yang dikeluarkan kerajaan atau syarikat swasta. Sesetengah unit trust dalam kategori ini juga melabur di dalam instrumen pelaburan risiko rendah dan risiko tinggi seperti pasaran wang atau ekuiti dalam peratusan yang kecil untuk memastikan risikonya seimbang.

  1. Unit trust risiko tinggi

Majoriti pegangannya adalah dalam bentuk ekuiti/derivatif atau index. Unit trust yang melabur didalam dana ekuiti/derivatif selalunya dikatakan mempunyai risiko aktif. Manakala dana index dikatakan dana pasif kerana pulangannya cuba mengikuti pulangan index tanpa perlu pengurus dana membuat keputusan yang kritikal untuk memilih aset atau saham yang ingin dimiliki oleh unit trust. Kebiasaannya dana pasif akan cuba mengikut prestasi index dengan melabur kesemua saham syarikat yang ada didalam index atau hanya melabur di dalam ETF di senaraikan di bursa saham.

Rujuk Gambar 2 untuk melihat jenis-jenis unit trust yang terdapat di pasaran secara ringkas.

kepelbagaian-unit-trust

Gambar 2: Jenis-jenis Unit Trust

Memahami Risiko Unit Trust

Setiap instrumen pelaburan memiliki risiko-risikonya yang tersendiri. Pelaburan unit trust juga tidak berkecuali dan tiada jaminan bahawa anda tidak akan kehilangan wang atas pelaburan anda. Maka,  sebelum melabur di dalam unit trust, pelabur perlulah memahami risiko-risiko yang terdapat di dalam pelaburan unit trust tersebut. Tahap risikonya adalah bergantung kepada jenis pelaburan unit trust itu. Semakin tinggi pulangan pelaburan unit trust, semakin tinggi risiko yang terdapat di dalam pelaburan unit trust itu. Secara umumnya risiko unit trust boleh diklasifikasikan kepada dua jenis risiko; Risiko dalaman dan risiko luaran. Sila lihat gambar 3 untuk melihat risiko-risiko yang terdapat di dalam pelaburan unit trust.

risiko-unit-trust-1

Gambar 3: Risiko-Risiko Pelaburan Unit Trust

Setiap jenis pelaburan biasanya datang dengan pelbagai jenis risiko yang berbeza-beza. Jadual 2 dibawah ini menunjukkan beberapa jenis risiko yang biasanya terdapat di dalam pelaburan unit trust dan bagaimana risiko itu boleh menjejaskan prestasi unit trust dan pelabur.

jadual-risiko-unit-trust-2

Jadual 2: Risiko-Risiko Pelaburan Unit Trust

Salah satu cara untuk menilai risiko sesuatu unit trust itu adalah dengan menilai turun naik pulangannya dari tahun ke tahun. Jika perbezaanya naik turunnya tinggi, maka pelaburan unit trust itu berisiko tinggi. Hal ini kerana, terdapat banyak risiko yang boleh mempengaruhi prestasi pelaburannya itu. Setiap risiko itu juga jika tidak dapat dikawal atau tidak seperti dijangka, akan memberikan implikasi yang tinggi terhadap prestasi pelaburan tersebut.

Apa yang pelabur perlu fahami di dalam pelaburan, semakin tinggi potensi pulangan, semakin tinggi risiko kerugian. Jika anda inginkan pulangan yang lebih tinggi, anda perlulah bersedia untuk menerima risiko yang bersama dengan pelaburan tersebut.

Bagaimana pelaburan Unit Trust boleh memberikan pulangan kepada pelabur

Pelabur boleh memperolehi keuntungan dengan pelaburan unit trust melalui tiga cara: Pembayaran Dividen, Pengedaran Peningkatan Kapital dan juga Peningkatan NAV. Lihat gambar 4 untuk penerangan lanjur cara pelaburan unit trust memberikan pulangan kepada pelabur.

pulangan-unit-trust-2

Gambar 4: Cara-cara Pulangan Pelaburan Unit Trust

Perbezaan utama pengedaran peningkatan kapital dan peningkatan NAV adalah peningkatan Kapital adalah peningkatan nilai kapital unit trust setelah asetnya dijual pada harga pasaran. Manakala peningkatan NAV hanyalah peningkatan tidak nyata aset-aset pegangan unit trust ebrdasarkan harga semasa pasaran.

Gambar 5 di bawah menunjukkan bagaimana hubungkait struktur unit trust dengan cara pelabur memperolehi keuntungan di dalam pelaburan unit trust.

pulangan-unit-trust

Gambar 5: Hubungkait Stuktur Unit Trust dan Pulangan Pelaburannya

Bagaimana Mahu Membeli dan Menjual Unit Trust

Anda boleh membeli saham dalam unit trust dengan menghubungi secara langsung Syarikat Pengurusan Unit Trust (UTMC) atau melalui pengedar Institusi Penasihat Unit Trust (IUTA) dan Korporat Penasihat Unit Trust (CUTA) yang dilantik oleh UTMC. Selain itu, terdapat juga banyak Penasihat Unit Trust (UTC) berdaftar dibawah UTMC/IUTA/CUTA yang boleh membantu dan menasihati para pelabur di dalam proses jual beli unit trust. Kesemua UTC, CUTA, IUYA dan UTMC ini mestilah berdaftar di bawah FIMM untuk mengedarkan dan mempromosikan pelaburan unit trust. Gambar 6 di bawah adalah senarai UTMC, IUTA dan CUTA yang berdaftar di bawah FIMM setakat November 2016.

unit-trust

Gambar 6: Senarai Lengkap UTMC, IUTA dan CUTA berdaftar di bawah FIMM

Sebagai pelabur, anda perlulah memahami hak-hak dan tanggungjawab anda sebagai pemegang unit. Selain itu, pelabur juga  perlulah mengetahui jenis, objektif, instrumen pelaburan, risiko-risiko dan caj-caj yag dikenakan unit trust yang ingin dilaburkan. Adalah menjadi tanggungjawab UTMC, IUTA, CUTA dan UTC untuk menerangkan dan membantu anda untuk memahami tentang pelaburan unit trust.

Pembelian dan penjualan unit trust adalah berdasarkan NAV semasa dan ditambah dengan caj-caj semasa pembelian atau penebusan. NAV dana akan berubah setiap hari berdasarkan perubahan nilai pegangan pelaburan unit trust tersebut.

Cara paling mudah untuk mengetahui harga NAV adalah dengan merujuk kepada laman sesawang atau membuat panggilan talian bebas tol unit trust tersebut. Disamping itu, surat khabar utama juga kadang-kadang mencetak NAV untuk pelbagai unit trust.


Nantikan artikel-artikel yang berikutnya di dalam masa terdekat.

Sila klik di link jika anda masih belum membaca Artikel 1: Mukadimah Panduan

Ikuti page FB Investuni untuk memastikan anda tidak ketinggalan untuk mengikuti artikel-artikel yang berikutnya.

Leave a Reply